Monday 13 October 2014

Perbezaan sahifah madinah dengan perlembagaan Malaysia


Terbaca dalam Utuse Malaysiam, satu ungkapan bahawa perlembagaan Malaysia adalah sesuai dengan Piagam Madinah, hati kecil meronta untuk gelak dan juga kecewa dengan karenah-karenah pemimpin negara. Saya tahu mereka semua ini faham bahasa Inggeris, mereka faham tentang penggunaan analogi yang salah. Mereke juga faham dengan pepatah rakyat Kelantan yang popular iaitu “Comparing apples and oranges”.  Walaupun mereka tidak mengaji ilmu Fiqh tentang hukum hakam Qiyas, kalau yang mengaji aliran agama mereka faham akan istilah hukum Qiyas Maal Fariq (iaitu membandingkan satu perkara yang tidak sama darjatnya). 

APOR=Islam + Kufur

Jadi apa yang mereka analogikan disitu? Mereka menganalogikan bahawa dalam perlembagaan Malaysia ada konsep perpaduan kaum dan Piagam Madinah ada konsep perpaduan kaum. Jadi dengan mudahnya mereka membuat kesimpulan bahawa Perlembagaan Malaysia sesuai dengan Piagam Madinah? Terlalu simplistik.  Hahaha….

Kerbau Pendek Tak Sama Dengan Kerbau

Mari kita kembangkan sedikit pemikiran cetek ini dengan kiasan yang lain. Kita lihat seekor khinzir dan seekor kerbau, kalau dilihat dari segi perbezaannya memang nampak dan kalau dilihat dari segi persamaannya memang banyak. Orang-orang pedalaman UK (Ulu Kelantan bukan United Kingdom) menamakan Khinzir ini sebagai ‘Kerbau Pendek’.  Jadi mari kita cari persamaan antara kerbau pendek dengan kerbau sejati.  Maka berhimpunlah pakar-pakar zoologi mencari persamaannya, iaitu ia ada kaki 4, ada ekor, ada 2 mata, ada 2 telinga. Memandangkan banyak persamaannya antara kerbau pendek dan kerbau, maka kita buat kesimpulan bahawa Kerbau Pendek @ BABI ini sama atau setara dengan kerbau. Hahahaha… 
Selalunya puak-puak yang sering membandingkan apel dan oren ini mereka hanya lihat dari satu sudut sahaja, iaitu dari satu sudut persamaannya. Kemudian mereka gabungkan antara kedua-dua yang sama itu. Jadilah APOR. 

Sekarang kita dedahkan sedikit perbezaannya untuk sama-sama kita melihat dengan lebih jitu lagi. Supaya hilanglah sifat rabun, pekak dan bisu. 
Siapakah pengasas perlembagaan Malaysia?
Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos, 1957. (sumber wikipedia)
Apakah sumber hukum tertinggi dalam Perlembagaan Malaysia?
Perlembagaan Malaysia dan Undang-undang yang terbit. Siapa yang memperkenankan? Jawablah sendiri...
Perkara 4. (1)Perlembagaan ini ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu.

Sekarang kita lihat pula Piagam Madinah 622M
Siapa yang mengasaskannya?
Rasulullah SAW
Apakah sumber hukum tertinggi, dan siapa yang memperkenankan?


"وإنكم مهما اختلفتم فيه من شيء فإن مرده إلى الله عز وجلوإلى محمد... "وإنه ما كان بين أهل هذه الصحيفة من حدث أو اشتجار يخاف فساده فإن مردَّه إلى الله، وإلى محمد رسول الله، وإن الله على أتقى ما في هذه الصحيفة وأبره"

Bahawa apa sahaja perselisihan dalamnya maka pengembaliannya kepada Allah Azawjalla dan kepada Muhamad.  Atau apa juga pertengkaran di antara sesama pihak yang setuju dengan piagam ini jika dikhuatiri membawa bencana maka hendaklah dirujukkan kepada hukum Allah dan kepada penyelesaian oleh Muhammad pesuruh Allah, Allah menyaksikan kebaikan isi kandungan piagam ini dan merestuinya

ابن سيد الناس : عيون الأثر 1/261، وابن كثير: السيرة النبوية 2/ 322، ابن هشام : السيرة النبوية 1/ 503

Itulah sedikit sebanyak berkenaan dengan perlembagaan Malaysia dengan Piagam Madinah. Akhirnya mereka cantumkan apa yang ada dalam Islam dan apa yang bersumberkan dari Barat. Kemudian mereka ikat dengan tali. Lihatlah wajah Islam yang mereka terangkan kepada kita...lihat buah APOR di atas.

Apakah anda masih mahu samakan antara kerbau pendek dengan kerbau?

(Rohani Siniru)

Wednesday 8 October 2014



Piagam Madinah telah digubal oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622M bersamaan tahun pertama Hijrah, merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia. Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal kesemuanya. 23 fasal piagam tersebut membicarakan tentang hubungan antara umat Islam sesama umat Islam iaitu antara Ansar dan Muhajirin, manakala 24 fasal yang bakinya membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan bukan Islam. Selain piagam Madinah, ia juga dikenali dengan pelbagai nama saperti perjanjian Madinah, Dustar al-Madinah dan juga Sahifah al-Madinah. Selain itu piagam Madinah juga boleh dikaitkan dengan perlembagaan Madinah kerana kandungannya membentuk peraturan- peraturan yang berasaskan Syariat Islam bagi membentuk sebuah Negara Islam tulen yang menempatkan penduduk yang berbilang bangsa, kaum dan agama.

Kandungan piagam madinah boleh dilihat disini . Yang paling utama di dalam pengisiannya adalah setiap tindakan mengikut Al-Quran dan Sunnah. Secara keseluruhan pengisian piagam Madinah yang digubal oleh baginda Nabi Muhammad saw telah menekankan perpaduan dan penyatuan ummah di Madinah ketika itu yang terdiri dari masyarakat Islam, kaum Ansar dan Muhajirin serta Yahudi dan Bangsa lain. Ini menunjukkkan betapa pentingnya pengukuhan perpaduan masyarakat yang perlu disemat dalam pemerintahan sesebuah negara Islam walaupun tidak melabelkan perkataan ‘Islam’ dalam setiap tindakannya. Ini terbukti apabila baginda Nabi Muhammad saw sendiri kurang menggunakan perkataan Islam dalam piagamnya tetapi lebih kepada perbuatan yang menjurus kearah syariat Islam itu sendiri. Justru baginda menamakan Kota Madinah sebagai Madinatul Munawarrah dan bukannya negara Islam Madinah. Prinsip ini diteruskan sehinggalah ke akhir pemerintahan khalifah Uthmaniyah. Penggunaan negara Islam hanya bermula apabila wujud sebuah negara yang dinamakan Republik Islam Iran yang majoriti masyarakatnya berpaksikan kepada fahaman syiah.

Jika dibandingkan Perlembagaan Madinah ini dengan Perlembagaan Malaysia yang digubal oleh kepimpinan UMNO terdahulu adalah seiring pembentukan perlembagaan Madinah oleh baginda Nabi Muhammad saw. Di dalam perlembagaan persekutuan Malaysia perkara yang paling utama adalah status agama Islam sebagai agama persekutuan dan YDP Agong yang dipilih oleh 9 kesultanan Melayu adalah pemerintah tertinggi sebagai Ketua Negara dan Agama. Perlembagaan Persekutuan juga menyatakan agama-agama lain boleh diamalkan sepertimana dalam piagam Madinah.

Pada hari ini konsep 1 Malaysia yang dipelopori oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Haji Abdul Razak adalah sama dengan fasal 2 piagam madinah iaitu bahawa mereka ini adalah satu umat”. Konsep perpaduan ini telah menjadi agenda utama negara Malaysia pada hari ini yang diperjuangkan oleh UMNO. Ini bertujuan untuk memastikan rakyat Malaysia hidup dalam suasana aman dan harmoni secara berkompromi walaupun berbeza kaum, agama dan pegangan. Dengan itu terbentuklah satu komuniti kekeluargaan yang besar yang berbilang kaum dan agama tanpa perselisihan yang ketara. Perpaduan ini terbukti berjaya diamalkan oleh Ummat Islam terdahulu.

Selama lebih 66 tahun UMNO telah mempertahankan prinsip ini dan juga memperjuangkan kepentingan orang Melayu seperti dalam perlembagaannya. Secara tidak langsung definisi Melayu di dalam Perlembagaan Malaysia adalah mesti beragama Islam, mengamalkan budaya melayu dan berbahasa Melayu. Proses ini telah menyebabkan Melayu itu terdiri daripada pelbagai keturunan seperti keturunan Cina, Arab, India, Portugis, Jawa dan berbagai keturunan yang lain di dunia. Betapa besarnya perpaduan dan penyatuan umat dan keturunan Islam yang selama ini diperjuangkan UMNO. Sama seperti penyatuan keturunan dan bangsa di Madinah yang menggandingkan kaum-kaum Muhajirin dan Ansar yang beragama Islam terdiri dari pelbagai kaum dan keturunan. Manakala yang bukan beragama Islam dikelompokkan dalam satu kelompok yang dipanggil 'Bani' seperti Bani Auf, Bani Amru dan lain-lain yang boleh meneruskan pegangan lama mereka. Sama seperti UMNO, MCA, MIC dan lain-lain. Namun begitu UMNO tidak pernah melabelkan partinya sebagai parti Islam tetapi tetap mempertahankan syariat Islam sebagaimana termaktub dalam perlembagaan Malaysia yang berasaskan piagam Madinah.



- SITI AMIRAH HAZIQAH BINTI RAHIM -

Monday 29 September 2014

PERBEZAAN KALIFAH MADINAH & PERLEMBAGAAN MALAYSIA(Nur Syakirrah Amira)




   




     Perlembagaan malaysia yang digubal oleh UMNO adalah sama dengan pembentukan perlembagaan madinah oleh baginda  Nabi Muhammad S.A.W.  Di dalam perlembagaan persekutuan malaysia perkara yang paling penting adalah status agama islam sebagai agama persekutuan dan YDP Agong Yang dipilih oleh 9 kesultanan melayu adalah pemerintahan tertinggi  sebagai ketua negara dan agama . Perlembagaan agama lain boleh diamalkna sepertimana dala progam madina.

 
  Piagam madianh merupakan piagam bertulis yang pertama di dunia . Piagam mnadinah telah digubal oleh baginda Nabi Muhammad Pada tahun 622M .  Paigam Madina merupakan piagam yg pertama di dunia . Terdapat 23 Fasal piagam madina yang membincangkan tentang hubungan antara umat islam sesama islam . Selain piagam madina ianya juga terdapat berberapa nama dan ianya juga di kenali sebagai Perjanjian madina , Dusatr al-madina dan juga Sahifah al-madina. Selain itu ,Piagam madinah merupakan asas kepada penyatuan penduduk madinah, piagam madinah ini membolehkan penduduk di madinah hidup dalam berbilang kaum . Ini kerana piagam madinah inigin melihat dan menjamin kebebasan kaun di mandinah supayah hidup aman dan damai .
    
Pelantikan dan pemilihan kalifah dijalankan dengan perbagai perbagai cara . Terdapat persamaan dalam setiap cara tersebut :
   
     Cara pemilihan kalifah ialah mencadangkan seseorang calon. Kalifah sebelumnya akan mencadangkan nama calon dan akan di bawa ke musyawara dalam majlis syura. Selain itu cara pemilihan yg kedua ialah mencadangkan berberapa calon dalam kalangan para sahaba mereka untuk di pilih menjadi seorang klaifah. Cara pemilihan yang terakhir adalah pengulasan oleh sekumpulan masyarakat

   Selain itu , Piagam madina juga boleh dikaitkan dengan perlembagaan madina kerana kandungaanya membentuk Peraturan-peraturan yang berasaskan syarikat islam . Jika di Bandingkan dengan perlembagaan malaysia ianya merupakan perlembagaan tertinggi dan mengandungi berberapa perkara . Semua peraturan mestilah perdasarkan perlembagaan malaysia .

    Kalifah merupakan satu jawatan yang memerintah negara islam yang akan mengantikan kalifah sebelum ini perkataan kalifah merupakan perkataan yang di ambil dari perkataan "khulafa" yang bermaksud pengganti . tugas dan tanggungjawab seseorang kalifah adalah sama dengan tugas rasul . cima ianya tidak mempunyi wahyu . 

   

JATA NEGARA



  
 

Perlembagaan malaysia juga dikenali sebagai perlembagaan persekutuan . perlembagaan merupakan satu dokumen undang-undan bertulis yang berasaskan dua dokumen iaitu perjanjian persekutuan tanah melayu dan perlembagaan malaysia . Negeri-Negeri, Agama Dan Undang-Undang Persekutuan
Negara kita adalah sebuah persekutuan yang dianggotai tiga belas negeri dan tiga Wilayah Persekutuan. Islam yang di iktiraf sebagai agama persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan secara aman dan harmoni. Perlembagaan adalah undang-undang utama persekutuan. Mana-mana undang-undang yang tidak mengikut Perlembagaan adalah tidak sah.

Kerajaan kita yang dipilih sekali dalam tempoh 5 tahun, yang bertanggungjawab kepada Parlimen ialah sebuah kerajaan yang di pertangunggjawab kepada cawangan perundangan yang talah  dilantik .
Oleh sebab ini adalah salah satu tunggak demokrasi berparlimen seseorang hanya boleh menjadi perdana menteri.

Cara pemilihan perlembagaan malaysai ialah setiap ahli Dewan Rakyat haruslah mengangkat sumpah setia kepada Malaysia dan Perlembagaan sebelum mengambil tempat. Yang Di Pertua Dewan boleh dipilih daripada ahli Dewan ataupun orang lain yang difikirkan layak untuk dipilih. Jika orang lain yang dipilih maka dia dianggap sebagai ahli Dewan tambahan. beliau tidak boleh dilantik menjadi Perdana Menteri, Menteri, Timbalan menteri atau Setiausaha Parlimen dan tidak boleh mengundi dalam sebarang perbahasan. Seorang Yang di Pertua juga dipilih dan mestilah dipilih daripada ahli Dewan Rakyat. Dewan Rakyat juga mempunyai seorang Setiausaha yang dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong 

       Di pemilihan perlembagaan malaysia badan kehakiman adalah badan yang menjalankan kuasa kehakiman di negara ini.Mengikut Perlembagaan Persekutuan, kuasa kehakiman ,Persekutuan adalah terletak di Mahkamah Tinggi di Malaya dan Mahkamah Tinggi di Borneo dan juga mana-mana Mahkamah bawahan yang telag diperuntukkan undang-undang Persekutuan. Kuasa-kuasa kehakiman dinegara ini terletak di Mahkamah Agong, mahkamah-mahkamah tinggi dan mahkamah-mahkamah bawahan. bagi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Hakim, ianya mestilah tidak terpengaruh atau menyebelahi mana-mana pihak, kebebasan untuk menjalankan tugas-tugas hendaklah terjamin.Pihak kehakiman memstilah mempunyai kebebasan untuk bertindak sebagai sebuah institusi .

Raja perpelembagaan merupakan kerajaan yang di tubuhkan di bwah sistem perpelembaggan ynga mengiktirafkan raja sebagai ketua negara.

Jata YDPA Malaysia.png
.Kerajaan adalah organisasi yang mempunyai kuasa untuk membuat dan melaksanakan undang-undang dalam sesuatu kawasan .Sistem politik yang diamalkan di setiap negara dan kerajaan adalah berbeza berdasarkan ideologi politik yang digunakan.  Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan dimana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal samada oleh rakyat atau wakil yang telah dipilih oleh rakyat. Sesebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.






Dewan rakyar merupakan sebuah majlis yang mewakili rakyar untuk membela nasib rayat di sesuatu kawasan itu . Angota-angota rakyat akan membahaskan undang-undang yang telah di cadangkan dan akan diluluskan sebelum disahkan oleh yang Di pertua agong . Dewan rakyar pula diketuai oleh Yang dipertua agong dan persidangan akan di urus oleh seseorang Dipertua dewan .

Friday 22 August 2014

PERBANDINGAN PIAGAM MADINAH DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA



              PERBANDINGAN PIAGAM MADINAH DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
                                                                        Nur Faizrah


           Tahukah anda Perbandingan Piagam Madinah dan Perlembagaan Malaysia ?.
       Anda boleh mengetahui semuanya di sini ! Caranya sangat mudah . Anda hanya perlu membaca
       blog ini dan memahami setiap ayat dan penjelasan yang saya beri . Harap blog ini dapat memudahkan            kerja anda . Deabak ! :D


 Pertama sekali , anda harus mengetahui Definisi Piagam Madinah dan Perlembagaan Malaysia :


  •  Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan yang mengandungi 183 perkara. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957.
  •  Piagam Madinah ialah Undang-Undang pertama yang digubal oleh Rasulullah S.A.W. Piagam Madinah telah dibuat oleh Nabi Muhammad s.a.w , pada tahun 622M bersamaan  tahun pertama Hijrah, merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia .

   ANDA PERLU MENGETAHUI SEJARAH NYA !
  
   PERLEMBAGAAN MALAYSIA :

Sejarah  perlembagaan Malaysia bermula daripada Asas Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Asas Perlembagaan Persekutuan Malaysia  ialah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Berikutan Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihanraya Persekutuan pertama pada tahun 1955, Tunku Abdul Rahman Putra telah dipilih sebagai Ketua Menteri Pertama. Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merupakan langkah pertama ke arah membentuk kerajaan sendiri selepas Britain bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada tahun 1956. Untuk tugas penggubalan Perlembagaan, kerajaan British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil Kerajaan British, penadihat Majlis Raja-Raja dan Pemimpin-Pemimpin parti.
Pada Januari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan ke London untuk membincangkan soal penggubalan Perlembagaan Persekutuan dan merundingkan tarikh kemerdekaan untuk negara. Pada Mac 1956 satu Suruhanjaya Perlembagaan diketuai Lord Reid telah ditubuhkan untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya tersebut telah mendapatkan pandangan parti-parti politik, persatuan bukan politik dan individu tentang bentuk negara dan bangsa bagi negara ini. Dalam proses rundingcara itu, satu memorandum daripada parti Perikatan telah mendapat keutamaan. Memorandum yang disebut sebagai Pakatan Murni iaitu persetujuan secara bertolak ansur demi kepentingan bersama serta persetujuan menghormati hak-hak orang lain, menyentuh lima perkara utama iaitu kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata. Perlembagaan yang digubal Suruhanjaya Reid diiktiraf Jawatankuasa Kerja sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mulai tarikh kemerdekaan negara iaitu pada 31 Ogos 1957.


PIAGAM MADINAH :
 Sejarah Piagam Madinah pula bermula oleh Nabi Muhammad s.a.w , pada tahun 622M bersamaan  tahun pertama Hijrah, merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia . Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal.Selain itu , 23 fasal piagam tersebut membicarakan tentang hubungan antara umat Islam sesama umat Islam iaitu antara Ansar dan Muhajirin .Di samping Itu, 24 fasal yang berbaki membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan umat bukan Islam iaitu Yahudi .
Selain Piagam Madinah, ia juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Perjanjian Madinah, Dustar al-Madinah dan juga Sahifah al-Madinah. Selain itu Piagam Madinah juga boleh dikaitkan dengan Perlembagaan Madinah kerana kandungannya membentuk peraturan-peraturan yang berasaskan Syariat Islam bagi membentuk sebuah negara (Daulah Islamiyah) yang menempatkan penduduk yang berbilang bangsa atau kaum.
Perangkaan Piagam Madinah ialah Rasulullah s.a.w. dalam merangka piagam Madinah atau di kenali sebagai perlembagaan madani, beliau telah mengikut bimbingan wahyu dan berdasarkan norma-norma masyarakat Madinah ketika itu. Terdapat tiga langkah yang diambil oleh Rasulullah dalam membentuk piagam Madinah.




     Selain itu , Anda juga perlu mengetahui Ciri-ciri Piagam Madinah dan Perlembagaan Malaysia . Hal demikian dapat memudahkan anda mengenal pasti perbezaan Piagam Madinah dan Perlembgaan Malaysia.
Oleh itu , Ciri-ciri Piagam Madinah dan Perlembagaan Malaysia yang ringkas dan tepat bagus untuk anda semua. 

           PERLEMBAGAAN MALAYSIA                                  PIAGAM MADINAH


         - Undang-undang Malaysia yang                                      -Undang-undang telah dibuat oleh        
           mengandungi 184 perkara                                               Nabi Muhammad saw.                                         
         -Undang-undang yang tertinggi di                                     -Kandungan Piagam Ini mempunyai                                   Malaysia.                                                              47 Fasal.
                                                           



  Tujuan Piagam Madinah juga ialah :

  1. Ingin menyatukan masyarakat pelbagai kaum.
  2. Mewujudkan Keamanan di Madinah
  3. Menghadapi Masyarakat Majmuk
  4. Membentuk peraturan yang dapat dipatuhi oleh semua penduduk.


  Tujuan Perlembagaan Malaysia pula ialah :
 

  1. Mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil dan mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah
  2. untuk mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat.
  3. Sebagai alat untuk myelesaikan masalah dan Menjamin riwayat negara bangsa .
  4. untuk menjamin keamanan dan kestabilan Negara. 


        KESIMPULANYA .... . . 


   Terdapat perkara yang sama dalam Piagam Madinah dan Perlembagaan Malaysia .kita perlu mengetahui persamaan antara Piagam Madinah dan Perlembagaan Malaysia,contohya , Piagam Madinah dan perlembagaan Malaysia ini semua berasaskan undang-undang yang di cipta untuk kemakmuran sesuatu masyrakat dan negara.Terdapat juga beberapa perbezaan dari pelbagai sudut mahupun aspek. Dimana, jelas terbukti bahawa hamba Allah iaitu Rasulullah SAW yang telah memulakan semua pemerintahan secara teratur berdasarkan Wahyu (wahyu daripada Allah). Berbeza pula dengan Perlembagaan Malaysia yang digubal oleh orang yang dilantik daripada suara ramai dan penyokong yang banyak.
                                                                                              
Malah,jelas terlihat bahawa hokum yang tertinggi atau hakimiah bagi piagam madinah atau dikenali sebagai Piagam Madinah ialah Allah SWT (sebarang peraturan yang  bercanggah daripada apa yang dibawa oleh Nabi adalah salah dan tidak boleh digunapakai sama sekali). Berbeza juda dengan Perlembagaan Malaysia iaitu hokum yang tertinggi ialah perlembagaan Lord Reid yang berasaskan ideologi manusia. Dimana, sebarang percanggahan terhadap perlembagaan ini akan terbatal termasuk undang-undang Islam itu sendiri.
     Akhir sekali, Sahifah madinah dan perlembagaan Malaysia merupakan satu platform untuk membangunkan Negara kearah perpaduan. Dimana, kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri disebalik perbezaannya.







Saturday 16 August 2014

PERBEZAAN SAHIFAH MADINAH DENGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA ...(Zarra)

Coretan yang mungkin akan merungkai 1001 persoalan dalam benak fikiran remaja sekarang mahupun yang lain !




  • Piagam Madinah telah dibuat oleh Nabi Muhammad SAW pada tahun 622M bersamaan tahun pertama Hijrah dan merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia.
    Manakala ,
    Perlembagaan Malaysia pula adalah
     undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaantahun 1957.
  • Selain Piagam Madinah ia juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Perjanjian Madinah, Dustar al-Madinah dan juga Sahifah al-Madinah.
    Manakala , 
    Perlembagaan Malaysia, dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan.
  • Piagam Madinah mengandungi 47 fasal manakala Perlembagaan Malaysia mengandungi 184 perkara.

SEJARAH ...

PIAGAM MADINAH - Rasulullah s.a.w. dalam merangka piagam Madinah atau di kenali sebagai perlembagaan madani, beliau telah mengikut bimbingan wahyu dan berdasarkan norma-norma masyarakat Madinah ketika itu. Terdapat tiga langkah yang diambil oleh Rasulullah dalam membentuk piagam Madinah.

PERLEMBAGAAN MALAYSIA - 
Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada
 31 Ogos 1957.


TUJUAN   ...
PIAGAM MADINAH - 
  • Menghadapi masyarakat majmuk Madinah
  • Membentuk peraturan yang dipatuhi bersama semua penduduk.
  • Ingin menyatukan masyarakat pelbagai kaum
  • Mewujudkan perdamaian dan melenyapkan permusuhan
  • Mewujudkan keamanan di Madinah
  • Menentukan hak-hak dan kewajipan Nabi Muhammad dan penduduk setempat.
  • Memberikan garis panduan pemulihan kehidupan kaum Muhajirin
  • Membentuk Kesatuan Politik dalam mempertahankan Madinah
  • Merangka persefahaman dengan penduduk bukan Islam, terutama Yahudi.


PERLEMBAGAAN MALAYSIA -

  • Menjamin kestabilan politik dan sistem pemerintahan.
  • Mewujudkan rangka sistem politik yang sistematik.
  • Mengatur sistem ekonomi dan pengagihan kekayaan Negara dengan adil dan saksama.
  • Memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan Negara.
  • Melindungi kepentingan semua etnik di dalam Negara.

TUNTASNYA ...
PERBEZAAN YANG JELAS ANTARA SAHIFAH MADINAH @ PIAGAM MADINAH DENGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA >>>

Di dalam Piagam Madinah , semua kaum bersatu di bawah satu perlembagaan. Ini telah ditetapkan dalam perjanjian iaitu semua yang mengikuti perjanjian ini adalah satu bangsa. Selain itu , Hak kesamaan taraf menjadi pembela kepada kehidupan masyarakat majmuk di Madinah iaitu dalam piagam, ia menyatakan bahawa tiada perbezaan di antara semua kaum. Seterusnya , hidup akan menjadi lebih tenteram dan harmoni kerana dalam perjanjian tersebut ada dinyatakan bahawa kehidupan para jiran-jiran dan orang0orang yang telah diberi perlindungan adalah seperti kehidupan sendiri. Selain itu, Perlindungan Sempadan Negara daripada pencerobohan luar menjadi tanggungjawab setiap kaum. Malah, aktiviti perniagaan dapat dijalankan dengan adil dan selamat. Iaitu setiap kaum bebas memperagakan barang dagangan mereka.

Manakala, dalam Perlembagaan Malaysia pula ialah lebih kepada menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan iaitu perlembagaan yang menentukan corak pemerintahan dan pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan. Selain itu, perlembagaan ini juga menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat ( contoh- kebebasan bercakap, kebebasan beragama dan pemilikan harta). Seterusnya, ia juga menentukan tanggungjawab rakyat dan batasan atau larangan seperti hak istimewa orang Melayu dan bumiputera yang tidak boleh dipersoalkan. Malah , perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan kerja berasaskan demokrasi berparlimen dimana Perkara 32 menjelaskan mengenai Kepala Utama Negara bagi persekutuan. Akhir sekali, Perlembagaan Malaysia juga bersifat tetap dan sukar dipinda.