Friday, 22 August 2014

PERBANDINGAN PIAGAM MADINAH DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA



              PERBANDINGAN PIAGAM MADINAH DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
                                                                        Nur Faizrah


           Tahukah anda Perbandingan Piagam Madinah dan Perlembagaan Malaysia ?.
       Anda boleh mengetahui semuanya di sini ! Caranya sangat mudah . Anda hanya perlu membaca
       blog ini dan memahami setiap ayat dan penjelasan yang saya beri . Harap blog ini dapat memudahkan            kerja anda . Deabak ! :D


 Pertama sekali , anda harus mengetahui Definisi Piagam Madinah dan Perlembagaan Malaysia :


  •  Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan yang mengandungi 183 perkara. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957.
  •  Piagam Madinah ialah Undang-Undang pertama yang digubal oleh Rasulullah S.A.W. Piagam Madinah telah dibuat oleh Nabi Muhammad s.a.w , pada tahun 622M bersamaan  tahun pertama Hijrah, merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia .

   ANDA PERLU MENGETAHUI SEJARAH NYA !
  
   PERLEMBAGAAN MALAYSIA :

Sejarah  perlembagaan Malaysia bermula daripada Asas Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Asas Perlembagaan Persekutuan Malaysia  ialah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Berikutan Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihanraya Persekutuan pertama pada tahun 1955, Tunku Abdul Rahman Putra telah dipilih sebagai Ketua Menteri Pertama. Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merupakan langkah pertama ke arah membentuk kerajaan sendiri selepas Britain bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada tahun 1956. Untuk tugas penggubalan Perlembagaan, kerajaan British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil Kerajaan British, penadihat Majlis Raja-Raja dan Pemimpin-Pemimpin parti.
Pada Januari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan ke London untuk membincangkan soal penggubalan Perlembagaan Persekutuan dan merundingkan tarikh kemerdekaan untuk negara. Pada Mac 1956 satu Suruhanjaya Perlembagaan diketuai Lord Reid telah ditubuhkan untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya tersebut telah mendapatkan pandangan parti-parti politik, persatuan bukan politik dan individu tentang bentuk negara dan bangsa bagi negara ini. Dalam proses rundingcara itu, satu memorandum daripada parti Perikatan telah mendapat keutamaan. Memorandum yang disebut sebagai Pakatan Murni iaitu persetujuan secara bertolak ansur demi kepentingan bersama serta persetujuan menghormati hak-hak orang lain, menyentuh lima perkara utama iaitu kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata. Perlembagaan yang digubal Suruhanjaya Reid diiktiraf Jawatankuasa Kerja sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mulai tarikh kemerdekaan negara iaitu pada 31 Ogos 1957.


PIAGAM MADINAH :
 Sejarah Piagam Madinah pula bermula oleh Nabi Muhammad s.a.w , pada tahun 622M bersamaan  tahun pertama Hijrah, merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia . Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal.Selain itu , 23 fasal piagam tersebut membicarakan tentang hubungan antara umat Islam sesama umat Islam iaitu antara Ansar dan Muhajirin .Di samping Itu, 24 fasal yang berbaki membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan umat bukan Islam iaitu Yahudi .
Selain Piagam Madinah, ia juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Perjanjian Madinah, Dustar al-Madinah dan juga Sahifah al-Madinah. Selain itu Piagam Madinah juga boleh dikaitkan dengan Perlembagaan Madinah kerana kandungannya membentuk peraturan-peraturan yang berasaskan Syariat Islam bagi membentuk sebuah negara (Daulah Islamiyah) yang menempatkan penduduk yang berbilang bangsa atau kaum.
Perangkaan Piagam Madinah ialah Rasulullah s.a.w. dalam merangka piagam Madinah atau di kenali sebagai perlembagaan madani, beliau telah mengikut bimbingan wahyu dan berdasarkan norma-norma masyarakat Madinah ketika itu. Terdapat tiga langkah yang diambil oleh Rasulullah dalam membentuk piagam Madinah.




     Selain itu , Anda juga perlu mengetahui Ciri-ciri Piagam Madinah dan Perlembagaan Malaysia . Hal demikian dapat memudahkan anda mengenal pasti perbezaan Piagam Madinah dan Perlembgaan Malaysia.
Oleh itu , Ciri-ciri Piagam Madinah dan Perlembagaan Malaysia yang ringkas dan tepat bagus untuk anda semua. 

           PERLEMBAGAAN MALAYSIA                                  PIAGAM MADINAH


         - Undang-undang Malaysia yang                                      -Undang-undang telah dibuat oleh        
           mengandungi 184 perkara                                               Nabi Muhammad saw.                                         
         -Undang-undang yang tertinggi di                                     -Kandungan Piagam Ini mempunyai                                   Malaysia.                                                              47 Fasal.
                                                           



  Tujuan Piagam Madinah juga ialah :

  1. Ingin menyatukan masyarakat pelbagai kaum.
  2. Mewujudkan Keamanan di Madinah
  3. Menghadapi Masyarakat Majmuk
  4. Membentuk peraturan yang dapat dipatuhi oleh semua penduduk.


  Tujuan Perlembagaan Malaysia pula ialah :
 

  1. Mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil dan mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah
  2. untuk mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat.
  3. Sebagai alat untuk myelesaikan masalah dan Menjamin riwayat negara bangsa .
  4. untuk menjamin keamanan dan kestabilan Negara. 


        KESIMPULANYA .... . . 


   Terdapat perkara yang sama dalam Piagam Madinah dan Perlembagaan Malaysia .kita perlu mengetahui persamaan antara Piagam Madinah dan Perlembagaan Malaysia,contohya , Piagam Madinah dan perlembagaan Malaysia ini semua berasaskan undang-undang yang di cipta untuk kemakmuran sesuatu masyrakat dan negara.Terdapat juga beberapa perbezaan dari pelbagai sudut mahupun aspek. Dimana, jelas terbukti bahawa hamba Allah iaitu Rasulullah SAW yang telah memulakan semua pemerintahan secara teratur berdasarkan Wahyu (wahyu daripada Allah). Berbeza pula dengan Perlembagaan Malaysia yang digubal oleh orang yang dilantik daripada suara ramai dan penyokong yang banyak.
                                                                                              
Malah,jelas terlihat bahawa hokum yang tertinggi atau hakimiah bagi piagam madinah atau dikenali sebagai Piagam Madinah ialah Allah SWT (sebarang peraturan yang  bercanggah daripada apa yang dibawa oleh Nabi adalah salah dan tidak boleh digunapakai sama sekali). Berbeza juda dengan Perlembagaan Malaysia iaitu hokum yang tertinggi ialah perlembagaan Lord Reid yang berasaskan ideologi manusia. Dimana, sebarang percanggahan terhadap perlembagaan ini akan terbatal termasuk undang-undang Islam itu sendiri.
     Akhir sekali, Sahifah madinah dan perlembagaan Malaysia merupakan satu platform untuk membangunkan Negara kearah perpaduan. Dimana, kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri disebalik perbezaannya.







Saturday, 16 August 2014

PERBEZAAN SAHIFAH MADINAH DENGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA ...(Zarra)

Coretan yang mungkin akan merungkai 1001 persoalan dalam benak fikiran remaja sekarang mahupun yang lain !




  • Piagam Madinah telah dibuat oleh Nabi Muhammad SAW pada tahun 622M bersamaan tahun pertama Hijrah dan merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia.
    Manakala ,
    Perlembagaan Malaysia pula adalah
     undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaantahun 1957.
  • Selain Piagam Madinah ia juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Perjanjian Madinah, Dustar al-Madinah dan juga Sahifah al-Madinah.
    Manakala , 
    Perlembagaan Malaysia, dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan.
  • Piagam Madinah mengandungi 47 fasal manakala Perlembagaan Malaysia mengandungi 184 perkara.

SEJARAH ...

PIAGAM MADINAH - Rasulullah s.a.w. dalam merangka piagam Madinah atau di kenali sebagai perlembagaan madani, beliau telah mengikut bimbingan wahyu dan berdasarkan norma-norma masyarakat Madinah ketika itu. Terdapat tiga langkah yang diambil oleh Rasulullah dalam membentuk piagam Madinah.

PERLEMBAGAAN MALAYSIA - 
Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada
 31 Ogos 1957.


TUJUAN   ...
PIAGAM MADINAH - 
  • Menghadapi masyarakat majmuk Madinah
  • Membentuk peraturan yang dipatuhi bersama semua penduduk.
  • Ingin menyatukan masyarakat pelbagai kaum
  • Mewujudkan perdamaian dan melenyapkan permusuhan
  • Mewujudkan keamanan di Madinah
  • Menentukan hak-hak dan kewajipan Nabi Muhammad dan penduduk setempat.
  • Memberikan garis panduan pemulihan kehidupan kaum Muhajirin
  • Membentuk Kesatuan Politik dalam mempertahankan Madinah
  • Merangka persefahaman dengan penduduk bukan Islam, terutama Yahudi.


PERLEMBAGAAN MALAYSIA -

  • Menjamin kestabilan politik dan sistem pemerintahan.
  • Mewujudkan rangka sistem politik yang sistematik.
  • Mengatur sistem ekonomi dan pengagihan kekayaan Negara dengan adil dan saksama.
  • Memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan Negara.
  • Melindungi kepentingan semua etnik di dalam Negara.

TUNTASNYA ...
PERBEZAAN YANG JELAS ANTARA SAHIFAH MADINAH @ PIAGAM MADINAH DENGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA >>>

Di dalam Piagam Madinah , semua kaum bersatu di bawah satu perlembagaan. Ini telah ditetapkan dalam perjanjian iaitu semua yang mengikuti perjanjian ini adalah satu bangsa. Selain itu , Hak kesamaan taraf menjadi pembela kepada kehidupan masyarakat majmuk di Madinah iaitu dalam piagam, ia menyatakan bahawa tiada perbezaan di antara semua kaum. Seterusnya , hidup akan menjadi lebih tenteram dan harmoni kerana dalam perjanjian tersebut ada dinyatakan bahawa kehidupan para jiran-jiran dan orang0orang yang telah diberi perlindungan adalah seperti kehidupan sendiri. Selain itu, Perlindungan Sempadan Negara daripada pencerobohan luar menjadi tanggungjawab setiap kaum. Malah, aktiviti perniagaan dapat dijalankan dengan adil dan selamat. Iaitu setiap kaum bebas memperagakan barang dagangan mereka.

Manakala, dalam Perlembagaan Malaysia pula ialah lebih kepada menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan iaitu perlembagaan yang menentukan corak pemerintahan dan pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan. Selain itu, perlembagaan ini juga menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat ( contoh- kebebasan bercakap, kebebasan beragama dan pemilikan harta). Seterusnya, ia juga menentukan tanggungjawab rakyat dan batasan atau larangan seperti hak istimewa orang Melayu dan bumiputera yang tidak boleh dipersoalkan. Malah , perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan kerja berasaskan demokrasi berparlimen dimana Perkara 32 menjelaskan mengenai Kepala Utama Negara bagi persekutuan. Akhir sekali, Perlembagaan Malaysia juga bersifat tetap dan sukar dipinda.