Coretan yang mungkin akan merungkai 1001 persoalan dalam benak fikiran remaja sekarang mahupun yang lain !
- Piagam Madinah telah dibuat oleh Nabi Muhammad SAW pada tahun 622M bersamaan tahun pertama Hijrah dan merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia.
Manakala , Perlembagaan Malaysia pula adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaantahun 1957. - Selain Piagam Madinah ia juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Perjanjian Madinah, Dustar al-Madinah dan juga Sahifah al-Madinah.
Manakala , Perlembagaan Malaysia, dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan. - Piagam Madinah mengandungi 47 fasal manakala Perlembagaan Malaysia mengandungi 184 perkara.
SEJARAH ...
PIAGAM MADINAH - Rasulullah s.a.w. dalam merangka piagam Madinah atau di kenali sebagai perlembagaan madani, beliau telah mengikut bimbingan wahyu dan berdasarkan norma-norma masyarakat Madinah ketika itu. Terdapat tiga langkah yang diambil oleh Rasulullah dalam membentuk piagam Madinah.
PERLEMBAGAAN MALAYSIA - Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
TUJUAN ...
PIAGAM MADINAH -
- Menghadapi masyarakat majmuk Madinah
- Membentuk peraturan yang dipatuhi bersama semua penduduk.
- Ingin menyatukan masyarakat pelbagai kaum
- Mewujudkan perdamaian dan melenyapkan permusuhan
- Mewujudkan keamanan di Madinah
- Menentukan hak-hak dan kewajipan Nabi Muhammad dan penduduk setempat.
- Memberikan garis panduan pemulihan kehidupan kaum Muhajirin
- Membentuk Kesatuan Politik dalam mempertahankan Madinah
- Merangka persefahaman dengan penduduk bukan Islam, terutama Yahudi.
PERLEMBAGAAN MALAYSIA -
- Menjamin kestabilan politik dan sistem pemerintahan.
- Mewujudkan rangka sistem politik yang sistematik.
- Mengatur sistem ekonomi dan pengagihan kekayaan Negara dengan adil dan saksama.
- Memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan Negara.
- Melindungi kepentingan semua etnik di dalam Negara.
TUNTASNYA ...
PERBEZAAN YANG JELAS ANTARA SAHIFAH MADINAH @ PIAGAM MADINAH DENGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA >>>
Di dalam Piagam Madinah , semua kaum bersatu di bawah satu perlembagaan. Ini telah ditetapkan dalam perjanjian iaitu semua yang mengikuti perjanjian ini adalah satu bangsa. Selain itu , Hak kesamaan taraf menjadi pembela kepada kehidupan masyarakat majmuk di Madinah iaitu dalam piagam, ia menyatakan bahawa tiada perbezaan di antara semua kaum. Seterusnya , hidup akan menjadi lebih tenteram dan harmoni kerana dalam perjanjian tersebut ada dinyatakan bahawa kehidupan para jiran-jiran dan orang0orang yang telah diberi perlindungan adalah seperti kehidupan sendiri. Selain itu, Perlindungan Sempadan Negara daripada pencerobohan luar menjadi tanggungjawab setiap kaum. Malah, aktiviti perniagaan dapat dijalankan dengan adil dan selamat. Iaitu setiap kaum bebas memperagakan barang dagangan mereka.
Manakala, dalam Perlembagaan Malaysia pula ialah lebih kepada menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan iaitu perlembagaan yang menentukan corak pemerintahan dan pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan. Selain itu, perlembagaan ini juga menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat ( contoh- kebebasan bercakap, kebebasan beragama dan pemilikan harta). Seterusnya, ia juga menentukan tanggungjawab rakyat dan batasan atau larangan seperti hak istimewa orang Melayu dan bumiputera yang tidak boleh dipersoalkan. Malah , perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan kerja berasaskan demokrasi berparlimen dimana Perkara 32 menjelaskan mengenai Kepala Utama Negara bagi persekutuan. Akhir sekali, Perlembagaan Malaysia juga bersifat tetap dan sukar dipinda.


No comments:
Post a Comment